Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin...



Selamat Menyambut Lebaran dan Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi... Eidulfitri hanya untuk mereka yang berpuasa... Namun Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi masih boleh dicari 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Bersama kita mencarinya.

Terima Kasih Alin...


Dapat hadiah di Ramadhan Terakhir ini... Terima Kasih Alin tapi K.Ina terima lewat..bukan liwat ye... ha ha

Thursday, September 11, 2008

Jemputan, Jemputan.. Tetapi bukan Jemputan Kahwin..

Saya mewakili Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia(Muslim Care) menjemput anda semua Muslimin dan Muslimat untuk menghadiri majlis Berbuka Puasa di Stadium Malawati Shah Alam pada 15 September 2008. "Raikan Ramadhan, Eratkan Ukhuwwah-Selamatkan Al-Aqsa".

Program ini dianjurkan oleh MBSA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Muslim Care. Ya Selamatkan Kota Suci Umat Islam ke-3 daripada tangan Zionis Israel dengan Mederma dan DOA yang tidak pernah putus. Semoga Mendapat Keredhaan Allah!

Thursday, July 03, 2008

DSAI Patut Bermuhasabah?

Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana berkunjung ke sini. Ya, mungkin beliau patut bermuhasabah atas fitnah? yang melanda diri beliau. Jika tuduhan itu tidak benar maka beliau perlu membuktikannya tidak benar. Ada cadangan beliau bersumpah di Masjid dengan menjunjung Al-Qur'an. Akhir zaman ini manusia sudah tidak segan silu untuk menabur fitnah dan mencanang kejahatan sendiri... Kebenaran juga semakin terhakis dek kebendaan di depan mata. Ya mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Wednesday, June 18, 2008

Tips Meredakan Perasaan Marah

Pertama:
Sebagai seorang Islam ambil Wuduk...

Kedua:
Solat Sunat 2 rakaat, jika berkesempatan. Carilah peluang dan usahakan

Ketiga:
Jika tak berkesempatan untuk berwuduk dan solat sunat, maka cuba tarik nafas dalam-dalam dan beristigfar sebanyak mungkin. Mohon kepada Allah untuk menenangkan diri dan mengingatinya sungguh-sungguh.

Keempat:
Jika marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Ini yang biasa kita dengar. Jika marah dalam keadaan duduk cubalah berbaring dan jika tidak lepaskanlah kemarahan itu dengan cara paling berhemah...

Cubalah mengawal perasaan marah supaya kita awet muda...Senyum selalu

Tuesday, June 10, 2008

"Sesungguhnya Kehidupan Akhirat Adalah Yang Abadi"

(Gambar ini saya ambil sendiri-Jangan curi...)
Bulan lalu, ya kita dikejutkan dengan 2 kejadian bencana alam. Satunya Taufan Nargis di Myanmar dan juga Gempa Bumi Wenchuan di China. Kedua-duanya menyebabkan manusia menjadi kelam kabut, banyak yang terkorban, kehilangan anggota keluarga dan kemusnahan harta benda. Walhal, ini bukanlah keadaan yang biasa berlaku dikawasan tersebut. Malahan mana mungkin kita melupakan ombak Besar Tsunami yang meragut sekian banyak nyawa di Acheh dan Malaysia turut mengalami tempiasnya. Acheh sudah tentu dekat di hati kita kerana mereka saudara terawal rumpun Melayu yang memeluk Islam dan disebarkan kepada kita. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga, kesedihan mereka adalah kesedihan kita juga dan kesengsaraan mereka adalah juga kesengsaraan kita. Mana mungkin mereka dilupakan dan dibiarkan menderita. Kita cuma terpisah dek kerana penjajahan dan sejarah yang tak dapat diubah. Teman serumah saya berasal dari Acheh sukar sekali mahu bercerita mengenai Tsunami kerana ianya seperti hari Kiamat. Lebih 2 minggu serumah baru dia mahu bercerita.
Kita di Malaysia ini dilanda juga taufan... Taufan kenaikan minyak petrol dan diesel. Ya itu tentunya meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Bagaimanapun, kesengsaraan itu bukan sekelip mata dan kita masih mampu bernafas walaupun ramai juga yang sengsara. Saya masih ingat sewaktu belajar dahulu, teman yang mengunakan motosikal cuma perlu isi RM2 untuk penuhkan tangki. Itu lebih 7 tahun lalu sekarang 1 liter harganya RM2.70 sen. Mana cukup 1 liter untuk 1 tangki minyak motor....
Ya, itulah hakikat kehidupan dunia yang TIDAK abadi ini, banyak perkara yang tidak kita jangkakan akan terjadi. Setiap dari kita perlu bersedia untuk dipanggil bila-bila masa. Siang adalah waktu mencari rezeki dan malam bukan untuk tidur sahaja tapi untuk beribadat dan menambah ilmu pengetahuan. Apakah kehidupan ini sekadar mengisi perut yang kosong, menukar pakaian baru setiap hari, menonton tv ,melancong ketempat yang menarik atau tidur yang lena?
Dalam 1 hadith Nabi s.a.w berpesan supaya kita tidak terlalu bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki hingga soal ketaatan kepada perintah Allah diabaikan. Maksudnya disini janganlah kita dalam mencari rezeki melupakan soal halal-haram dan terlalu mengejar kebendaan hingga persediaan menuju kehidupan yang ABADI kita tinggalkan.

Mutakhir ini kita selalu diingatkan tentang dunia yang kita diami ini akan musnah akhirnya. Peringatan-peringatan itu Allah hantarkan melalui bencana alam yang terjadi berdekatan kita. Banjir besar di kawasan yang tidak pernah banjir, gempa bumi malahan di Malaysia sendiri, taufan, tsunami dan terkini krisis makanan sedangkan teknologi serta bidang sains semakin maju.... Marilah sama-sama kita bersedia kepada KEHIDUPAN YANG ABADI...

Tuesday, March 04, 2008

Pengundi Hantu-Bangkit Dari Kubur??!



Ya, sana-sini orang sedang berkempen, memasang bendera dan merayu undi memujuk hati para pengundi. Di serata tempat banyak ceramah politik diadakan dalam keadaan yang terkawal. Beberapa hari lagi Pilihanraya Umum dan yang berdaftar dikehendaki keluar mengundi. Tetapi ada juga Pak Kub, Nek Limah, Mek Senah, Pak Karim bangkit dari kubur dan adik-adik manis yang belum ada My kad pun akan keluar mengundi... Ajaib... Ada juga pemuda seberang pun khabarnya akan jadi pengundi berdaftar pada Pilihanraya ini. Patutlah ramai yang balik ke kampung terutamanya negeri paling PANAS, Kelantan. Ini bukan kali pertama tetapi moga ada keajaiban dan yang memang mengundi pilihlah yang terbaik.



Khabar-khabar angin yang kencang bertiup bukan lagi sepoi-sepoi bahasa menderukan angin perkhabaran bahawa banyak kemudahan disediakan untuk pengundi-pengundi khas ini. Malahan bukan beras sekampit tapi ratusan RM dijanjikan.



Ada teman menulis di sini http://stanceofmuslimah.blogspot.com/ mengenai hantu-hantu yang akan mengundi pada PRU12 nanti dan juga di blog FT yang mendedahkannya secara terperinci. Oh sungguh menjengkelkan Malaysia Ku tercinta ini.

Wednesday, February 27, 2008

Pilihanraya: Selamat Berkempen dan Mengundi


Penamaan calon sudah berlalu dan setakat ini BN sudah memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN tanpa perlu bertanding dan meraih undi. Bagi yang bertanding yang mahu menjadi wakil rakyat sudah pasti menaburkan janji-janji manis, lebih-lebih lagi parti pemerintah yang telah memerintah lebih 50 tahun. Bagaimananpun begitulah saban penggal Pilihanraya diadakan. Rakyat dijanjikan dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Hakikatnya benarkah pembangunan dan keadilan itu seimbang?
Parti BN menjanjikan RM30 billion untuk pendidikan anak bangsa, berjanji mahu membina lebih banyak sekolah dan kemudahan untuk institusi pengajian tinggi. Apalah gunanya membina lebih banyak sekolah sedangkan sekolah yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik?

Jangan jadikan rakyat mangsa kepada kepentingan politik dan periuk nasi anda. Tidak kiralah dari parti mana anda bertanding kepentingan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan. Rakyat sudah bijak memilih tetapi jika strategi kotor digunakan untuk menang maka tidak perlulah pilihanraya di buat. Penipuan tidak mendatangkan keberkatan dalam berpolitik. Rakyat yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Bila mendapat kuasa janji-janji terus dilupakan dan kawasan yang anda menang masih seperti dulu tiada perubahan pun. Jika ada pun waktunya hanyalah ketika pilhanraya ini.

Siapa yang kita pilih bakal mencorakkan kehidupan kita. Kita diberi pilihan untuk membuat pilihan dan pilihlah yang terbaik serta jangan tersalah pilih. Ramai orang berkata hari ini anda berkuasa dan esok lusa mungkin orang lain pula, ia ibarat roda yang berputar, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Sebagai pemimpin yang dipilih jangan merosakkan anak bangsa anda sendiri yang telah pun rosak akibat tangan anda sendiri. Kehancuran anak bangsa kita dewasa ini adalah kesilapan pemimpin yang kita pilih. Kerana merek lah yang membentuk negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini.
Kepada calon-calon Pilihanraya selamat berkempen dan kepada pengundi jangan tersalah pilih kerana salah memilih kitalah juga mangsanya.

Tuesday, February 19, 2008

Ilmu dan harta

Ilmu dan harta itu boleh bertambah dan berkurang sepertimana Iman. Saban waktu tiap dari kita pasti bekerja keras untuk memiliki harta dan kebendaan tetapi makin ramai yang lupa pada perjanjian pertama sebelum kita dilahirkan ke dunia iaitu menjadi Khalifah Allah Taala dimuka bumi ini. Kita sangup bangun awal pagi dan bersesak-sesak di perjalanan untuk mencari rezeki dan pulang lewat malam. Bagaimana mahu menjadi Khalifah Allah Taala jika untuk berilmu kita amat berkira dengan masa tapi tidak pada harta. Demi harta dan kelangsungan hidup kita sanggup bersenkang mata dan mengabaikan yang lain tetapi tidak pada soal menuntut ilmu. Bermacam alasan diberikan untuk tidak menghadiri kelas-kelas pengajian Ilmu-ilmu Islam yang biasanya diadakan secara percuma. Kejahilan semakin merajai pemikiran kita sehingga kita sukar membezakan kebatilan dan kebenaran. Bagaimana mahu menjadi khalifah jika Ilmu yang benar itu tidak dapat dibezakan dengan Ilmu yang salah... Sabda Kekasih Allah Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"..


Thursday, February 07, 2008

Jihad Melalui Solat


Jihad yang paling sukar itu adalah jihad melawan nafsu... Dalam contoh ini jihad itu adalah Solat Subuh. Betapa ramai yang begitu sukar untuk bangun awal waktu menunaikan Solat Subuh, malahan terlepas waktu pun ada. Itulah mujahadah namanya. Bagaimana mahu bermujahadah jika Solat fardhu itu pun sering kita ringankan. Bersama kita berjihad melalui Solat, bangun Solat Subuh itu jihad solat yang kita selalu abaikan.

Thursday, January 31, 2008

Langit Pun Menangisi Pemergiannya...


Belasungkawa untuk keluarga Allahyarham Dato' Ishak Baharom atas kepulangannya ke rahmatullah semalam 30 Januari 2008. Kehilangan yang pastinya tiada galang gantinya.
Semalam hujan turun mencurah-curah di Shah Alam tepat 12 tengah malam seperti langit pun menangisi pemergiannya. Hari ini cuaca masih mendung hingga blog ini dikemaskini pada jam 2 petang. Kelembutan dan ketegasan beliau meupakan suatu kelebihan kurniaan Allah dalam menegakkan kebenaran. Al-Fatihaha untuknya...

Friday, January 11, 2008

Abang Kucing?

Satu lagi mangsa di tahun baru ini. Mengapa kanak-kanak perempuan? Apakah sebabnya dan motif penculikan?




Inikah Abang Kucing yang dimaksudkan? Melihat gambaran wajahnya sudah menggerunkan

Tuesday, January 08, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah

(adakah anda tahu bahawa terdapat 1 kubah batu dibina untuk mengelirukan umat Islam terhadap Masjidil Aqsa?)
Selamat mengingati Maal Hijrah dan meyambutnya dengan kesyukuran kerana dipanjangkan usia untuk terus berada di tahun Hijrah. Jangan lupa berpuasa sunat sempena tahun baru 1429Hijriah juga sentiasalah kita mendoakan saudara seIslam kita yang berada di Palestin dan mereka yang sedang sengsara di negara Islam yang lain agar ditabahkan hati mereka serta tetap teguh berada dalam Iman dan Islam.

Bersama kita menghijrahkan diri dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik, dari yang kurang baik kepada perkara yang baik dan dari kejahatan kepada kebaikan. Moga beroleh Rahmat dan Kasih sayang Allah.

Tuesday, December 18, 2007

Talk at IIS-SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD(SETIAWANGSA)


Jemput datang, sila penuhi majlis ilmu


Function: Weekend Talk in conjunction with Eidul Adha


Date: Sunday, 23rd December 2007


Time: 11.30 a.m-1.00pm.


Speaker: Sheikh Imran Hosein, Former Imam of New York Mosque and author


Topic: Dajjal-The False Messiah and its relation with Gog and Magog


Refreshment


Autograph Session:2-3 pm at Saba Setiawangsa




Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Selamat Hari Raya Eidul Adha...
Moga apa yang dikorbankan mendapat keredhaan Allah Taala.
Jangan korbankan diri anda di jalan raya.

Saturday, December 15, 2007

Bowling antara rakan kerja 14 Disember 2007


Lagi gambar di sabapersonalalbum.blogspot.com dan pemenang-pemenang. Tahniah semua... tapi hadiah kami kenapa ciput je...tak aci betul la..sedih je...

Thursday, December 13, 2007

Di mana kan ku cari...


Sedang hangat isu tuntutan HINDRAF saya terkenang teman lama yang akrab. Seorang teman India di zaman persekolahan dahulu. Sudah lama tidak bertemu dan rindu ini semakin tidak tertahan rasanya. Macam orang bercinta pula. Entah mengapa saya semakin terkenang zaman persekolahan dengannya. Kami memang rapat hingga satu hari ada seorang ustaz menegur saya kerana jalan berpegangan tangan dengannya. Biasanya setiap kali Deepavali kami ke rumah 2 orang kawan India yang sekelas dengan kami. Di daerah kami hanya ada 2 keluarga India dan itulah keluarga kawan baik kami. Mereka hidup bahagia di daerah yang kesemuanya adalah orang Melayu dan mereka begitu fasih berbahasa Melayu terutamanya dalam sebutan loghat Perak tengah yang pekat. Ha ha orang India cakap Perak. Di daerah kami juga ada penempatan kaum Cina yang menguasai bidang perniagaan, mereka agak kurang mesra tetapi jika pandai mengambil hati mereka memang menghormati. Kebanyakan mereka juga fasih berbahasa Melayu loghat Perak.
Di mana ya, dimana kan ku cari Buvaneswari dan Selvi...
Sudah lama saya tidak merasa tosey dan capati teman baik saya itu. Mereka pun sudah pindah dan tidak ketemu lagi hingga kini. Kami tidak ganggu agama dan budaya mereka jadi mengapa harus mereka ganggu agama dan budaya kami. Kata Buvaneswari dan Selvi yang penting kita hidup harmoni dan bahagia dengan cara masing-masing. Adat berkawan kadang kala gembira, kadang merajuk dan terasa hati juga. Tapi sembuh semula. Macam orang berkahwin, ia suatu kebiasaan yang mematangkan pemikiran.
Ya itu dulu, indah alam persekolahan. Mengapa keindahan itu harus digugat hanya kerana emosi? Di mana kan ku cari...

Thursday, December 06, 2007

MANIKAM KALBU-Faisal Tehrani

(Gambar ini dicuri dari blog FT)

Saya sudah menghabiskan semua novel baru FT termasuklah Tuhan Manusia 2 bulan lalu namun tidak berkesempatan memberi ulasan di dalam blog.

Melihat Manikam Kalbu kali pertama sudah memikat kalbu saya kerana kulitnya ada lukisan kucing comel yang montel dan gebu. Saya memang suka dengan kucing, jalan pun macam kucing. Bukan tiru ya, memang begitu. Terkenan agaknya. Saya begitu teruja menghabiskan bacaan novel ini kerana si pencerita iaitu seekor kucing Madura menjadi perantara 2 zaman.

Memang membacanya boleh ketawa seorang diri boleh tersenyum sendirian dek kerana ceritanya yang penuh kelucuan tetapi sarat dengan falsafah dan ilmu pengetauan serta pengajaran. Nampaknya bukan remaja saja yang sesuai membacanya malahan golongan dewasa juga. Unsur humor yang menjadi sebahagian daripada cerita novel ini pastinya untuk menarik pembaca muda untuk membacanya. Malahan mana tahu mungkin ada remaja lelaki yang mahu mengambil jurusan fesyen dan jahitan tanpa perlu membuang jati diri mereka.

Kali ini FT memilih lelaki sebagai watak utamanya, diluar kebiasaan. Novel ini juga mengimbau nostalgia kelas jahitan semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....memang menyeronokkan tapi cikgu saya ada juga yang garang... Mungkin untuk menghasilkan novel ini FT bukan sekadar berimaginasi, membaca atau bertanya kepada orang tentang perihal menjahit malah mungkin beliau juga belajar menjahit??!

Novel ini bukan sekadar kisah jahit-menjahit apa yang lebih penting adalah konsep aurat yang ditekankan oleh penulisnya tanpa mengenepikan konsep keselesaan si pemakai. Malah sebagai perempuan ada juga jenis fesyen dan fabrik yang saya tak tahu. Jadi Manikam Kalbu bukan untuk remaja sahaja, malah untuk remaja tua juga. Paling saya perasan kebanyakan watak perempuan dalam novel-novel FT kebiasaannya kahwin atau jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda usianya seperti Rasulullah dan Siti Khadijah. Tapi sayang dalam Manikam Kalbu cinta Siti Nurqomariah dengan Manikam Kalbu tidak kesampaian kerana Siti Nurqomariah hanya menganggap Manikam Kalbu sebagai adik walaupun sebenarnya dia juga punya perasaan terhadap Manikam Kalbu. Ha ha ha...itulah antara penyeri Novel Manikan Kalbu.

Akhir kata selamat membaca...

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Menyambut Eidul Fitri-Hari Raya Fitrah


Selamat Menyambut Hari Lebaran. Kepada yang mengenali Maaf Zahir dan batin . Hati-hati diperjalanan, selamat memandu dan semoga selamat sampai di destinasi serta INGATLAH ALLAH SELALU.