Tuesday, December 05, 2006

Hijab Untuk Wanita

Hijab atau tudung adalah sesuatu yang wajib kepada setiap wanita Islam. Bagaimanapun, hijab juga wajib bagi setiap lelaki Islam tetapi hijab atau tudung yang dimaksudkan bukanlah seperti hijab atau tudung untuk wanita seperti lazimnya. Hijab yang dimaksudkan disini adalah hijab pandangan mata terhadap kaum bukan sejenis mereka, iatu menjaga pandangan mata mereka dari melihat yang bukan mahram.

Didalam Al-Qur'an disebutkan didalam Surah An-Nuur:Surah Ke-24 Ayat ke-30:
"Katakanlah kepada lelaki beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Ayat ini adalah ayat yang sudah jelas dan tidak perlu dihuraikan atau dipertikaikan lagi. Ia dengan jelas sekali mewajibkan lelaki-lelaki BERIMAN supaya menjaga pandangan mata mereka, kerana dari pandangan lah yang membangkitkan nafsu syahwat. Tapi ada orang kata rugi tak tengok...
Manakala Hijab atau Tudung untuk wanita atau perempuan telah dijelaskan didalam ayat 31 Surah An-Nur, firmanNya yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) anmpak daripadanya. DAn hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Ayat ini dengan jelas sekali mewajibkan wanita-wanita Islam yang telah baligh untuk memakai tudung dan menjaga aurat mereka dari lelaki-lelaki ajnabi. Jadi mengapa masih ada wanita yang tidak mahu mengikut suruhan Allah ini.


6 Kriteria Hijab(di petik dari 20 Soalan Paling lazim tentang Islam):
1) Aurat
Kriteria pertama adalah had tubuh yang perlu ditutup. Ini berbeza diantara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki adalah menutup bahagian tubuh sekurang-kurangnya daripada pusat hingga lutut. Bagi wanita, had wajib adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Jika mahu, bahagian tersebut juga boleh ditutup. Sebahagian ulama Islam menegaskan bahawa muka dan tapak tangan adalah wajib dalam pematuhan 'hijab'.

2) Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan susuk tubuh.

3) Pakaian yang tidak jarang sehingga seseorang dapat melihat disebalik pakaiannya.

4)Pakaian hendaklah tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis.

5)Pakaian juga tidak boleh menyerupai pakaian kaum bukan sejenis.

6)Pakaian juga hendaklah tidak menyerupai pakaian orang yang tidak mempercayai Islam; iaitu tidak mengenakan pakaian yang menyerupai identiti atau simbol khas agama kaum yang tidak mempercayai Islam.

Disamping itu, hijab juga merangkumi tingkah laku dan budi pekerti. Bukan sahaja hijab itu diukur dari segi pakaian luaran malah juga perilaku, sikap dan niat seseorang individu itu juga perlu mempunyai hijab. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan 'hijab' mata,'hijab' hati, 'hijab' pemikiran dan 'hijab' niat. Ia juga mengambil kira cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya hijab mengelakkan pencabulan.

Mengapa hijab dianjurkan untuk wanita disebut di dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut yang terkandung di dalam Surah Al-Ahzab:

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Ahzab Surah 35 ayat 59.

Jadi buat wanita atau perempuan labuhkanlah kain tudung mu kerana itu adalah Perintah Allah demi kesejahteraan kamu sendiri.