Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah!

Semalam hari Khamis bersamaan malam Jumaat, malam yang padanya dikabulkan segala doa yang baik-baik. Sedang antara maghrib dan Isyak semalam juga hujan turun membasah bumi... Juga pada waktu hujan turun adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Betapa indahnya semalam kerana sebelum masuk waktu maghrib itulah doa akhir tahun dibaca dan selepas maghrib itulah doa awal tahun dibaca. Ketika kita umat Islam khususnya dilanda pelbagai musibah Allah menurunkan hujan rahmatnya di malam Jumaat yang penuh berkat di awal Tahun Hijriah ini. Moga-moga hujan rahmat di malam Jumaat pada 1 Muharam ini membawa rezeki dan kebaikan buat Umat Islam khususnya... Aminnn... Moga kita semua di beri kekuatan untuk menghadapi ujian kehidupan di dunia yang sementara ini.

Saturday, October 24, 2009

Belajar hingga ke akhir hayat??

Ya...Belajar itu tiada jangka hayat hinggalah kita ke liang lahat. Ramai yang hanya menamatkan pembelajaran mereka selepas dapat kerja dan hidup selesa. Itu tentunya tujuan keduniaan. Pada mereka yang tidak jemu menuntut ilmu pasti bila ada saja sebarang kelas formal dan apa saja majlis ilmu pati tidak dilepaskan.

Ada juga yang belajar untuk mendapatkan sijil, diploma, sarjana dan sebagainya. Bukan perkara ilmu yang diutamakan. Majlis ilmu di Masjid malahan kuliah dipenuhi dengan golongan pencen dan lanjut usia. Ilmu juga ada keutaman yang perlu dituntut dan perlu mencari guru yang benar...

Melihatkan kebejatan masalah ummah ini saya lebih senang dengan mengulit majlis ilmu dari memikir soal remeh temeh perangai manusia.

Thursday, September 10, 2009

Salam Ramadhan Kareem dan Malam Lailatul Qadar

Salam Ramadhan Kareem...Sejak Ramadhan bermula baru hari ini saya mengemaskini blog. Ramadhan sudah ke penghujung dan Masjid-masjid semakin surut dengan ahli jemaah yang berkunjung. Ramai yang disibukkan dengan persediaan menjelang Syawal sedangkan Lailatul Qadar belum lagi ditemui.

Berkata Imam Al-Ghazali: "Daku tidak pernah terlepas malam Lailatul Qadar seumur hidupku"
Katanya lagi;
1. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-21 Ramadhan.
2. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Jumaat maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-29 Ramadhan.
3. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Ahad maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan.
4. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Isnin maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-25 Ramadhan.
5. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Rabu maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan.
6. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Khamis maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan juga.

Pendapat ini adalah yang paling Mahsyur dikalangan para Fuqaha.

Kebanyakan para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w pula berpendapat Malam Lailatul Qadar itu jatuh pada salah satu malam malam-malam Ganjil pada bulan Ramadhan, malam ke-21, malam ke-23, malam ke-25, malam ke-27 dan malam ke-29.

Tahun ini kita mula berpuasa pada hari Sabtu bermakna malam ini adalah malam Lailatul Qadar. Menurut Guru Kami Ustaz Basri mengatakan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan mengurniakan Lailatul Qadar bukan sahaja kepada mereka yang benar-benar berusaha mencarinya malahan kepada mereka yang tidak beriya-iya mencarinya, dengan syarat orang itu menjaga amalan-amalan wajib dan sunat yang Afdhal dilakukan. Iaitu orang-orang menjaga Solat Fardhu dan solat sunat yang lain termasuk solat sunat Tarawih.

Kepada semua Selamat bertemu malam yang LEBIH BAIK dari 1000 BULAN...