Tuesday, December 18, 2007

Talk at IIS-SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD(SETIAWANGSA)


Jemput datang, sila penuhi majlis ilmu


Function: Weekend Talk in conjunction with Eidul Adha


Date: Sunday, 23rd December 2007


Time: 11.30 a.m-1.00pm.


Speaker: Sheikh Imran Hosein, Former Imam of New York Mosque and author


Topic: Dajjal-The False Messiah and its relation with Gog and Magog


Refreshment


Autograph Session:2-3 pm at Saba Setiawangsa




Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Selamat Hari Raya Eidul Adha...
Moga apa yang dikorbankan mendapat keredhaan Allah Taala.
Jangan korbankan diri anda di jalan raya.

Saturday, December 15, 2007

Bowling antara rakan kerja 14 Disember 2007


Lagi gambar di sabapersonalalbum.blogspot.com dan pemenang-pemenang. Tahniah semua... tapi hadiah kami kenapa ciput je...tak aci betul la..sedih je...

Thursday, December 13, 2007

Di mana kan ku cari...


Sedang hangat isu tuntutan HINDRAF saya terkenang teman lama yang akrab. Seorang teman India di zaman persekolahan dahulu. Sudah lama tidak bertemu dan rindu ini semakin tidak tertahan rasanya. Macam orang bercinta pula. Entah mengapa saya semakin terkenang zaman persekolahan dengannya. Kami memang rapat hingga satu hari ada seorang ustaz menegur saya kerana jalan berpegangan tangan dengannya. Biasanya setiap kali Deepavali kami ke rumah 2 orang kawan India yang sekelas dengan kami. Di daerah kami hanya ada 2 keluarga India dan itulah keluarga kawan baik kami. Mereka hidup bahagia di daerah yang kesemuanya adalah orang Melayu dan mereka begitu fasih berbahasa Melayu terutamanya dalam sebutan loghat Perak tengah yang pekat. Ha ha orang India cakap Perak. Di daerah kami juga ada penempatan kaum Cina yang menguasai bidang perniagaan, mereka agak kurang mesra tetapi jika pandai mengambil hati mereka memang menghormati. Kebanyakan mereka juga fasih berbahasa Melayu loghat Perak.
Di mana ya, dimana kan ku cari Buvaneswari dan Selvi...
Sudah lama saya tidak merasa tosey dan capati teman baik saya itu. Mereka pun sudah pindah dan tidak ketemu lagi hingga kini. Kami tidak ganggu agama dan budaya mereka jadi mengapa harus mereka ganggu agama dan budaya kami. Kata Buvaneswari dan Selvi yang penting kita hidup harmoni dan bahagia dengan cara masing-masing. Adat berkawan kadang kala gembira, kadang merajuk dan terasa hati juga. Tapi sembuh semula. Macam orang berkahwin, ia suatu kebiasaan yang mematangkan pemikiran.
Ya itu dulu, indah alam persekolahan. Mengapa keindahan itu harus digugat hanya kerana emosi? Di mana kan ku cari...

Thursday, December 06, 2007

MANIKAM KALBU-Faisal Tehrani

(Gambar ini dicuri dari blog FT)

Saya sudah menghabiskan semua novel baru FT termasuklah Tuhan Manusia 2 bulan lalu namun tidak berkesempatan memberi ulasan di dalam blog.

Melihat Manikam Kalbu kali pertama sudah memikat kalbu saya kerana kulitnya ada lukisan kucing comel yang montel dan gebu. Saya memang suka dengan kucing, jalan pun macam kucing. Bukan tiru ya, memang begitu. Terkenan agaknya. Saya begitu teruja menghabiskan bacaan novel ini kerana si pencerita iaitu seekor kucing Madura menjadi perantara 2 zaman.

Memang membacanya boleh ketawa seorang diri boleh tersenyum sendirian dek kerana ceritanya yang penuh kelucuan tetapi sarat dengan falsafah dan ilmu pengetauan serta pengajaran. Nampaknya bukan remaja saja yang sesuai membacanya malahan golongan dewasa juga. Unsur humor yang menjadi sebahagian daripada cerita novel ini pastinya untuk menarik pembaca muda untuk membacanya. Malahan mana tahu mungkin ada remaja lelaki yang mahu mengambil jurusan fesyen dan jahitan tanpa perlu membuang jati diri mereka.

Kali ini FT memilih lelaki sebagai watak utamanya, diluar kebiasaan. Novel ini juga mengimbau nostalgia kelas jahitan semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....memang menyeronokkan tapi cikgu saya ada juga yang garang... Mungkin untuk menghasilkan novel ini FT bukan sekadar berimaginasi, membaca atau bertanya kepada orang tentang perihal menjahit malah mungkin beliau juga belajar menjahit??!

Novel ini bukan sekadar kisah jahit-menjahit apa yang lebih penting adalah konsep aurat yang ditekankan oleh penulisnya tanpa mengenepikan konsep keselesaan si pemakai. Malah sebagai perempuan ada juga jenis fesyen dan fabrik yang saya tak tahu. Jadi Manikam Kalbu bukan untuk remaja sahaja, malah untuk remaja tua juga. Paling saya perasan kebanyakan watak perempuan dalam novel-novel FT kebiasaannya kahwin atau jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda usianya seperti Rasulullah dan Siti Khadijah. Tapi sayang dalam Manikam Kalbu cinta Siti Nurqomariah dengan Manikam Kalbu tidak kesampaian kerana Siti Nurqomariah hanya menganggap Manikam Kalbu sebagai adik walaupun sebenarnya dia juga punya perasaan terhadap Manikam Kalbu. Ha ha ha...itulah antara penyeri Novel Manikan Kalbu.

Akhir kata selamat membaca...