Thursday, November 23, 2006

Faisal Tehrani



Persoalan telah terjawab, tuduhan yang mengatakan FT seorang Syiah adalah tidak berasas. Sebagai pengekor setia FT sejak lama dulu walau sedikit masa dulu saya pernah berhenti membaca karyanya kerana beliau sedikit sekular(maaf jika saya salah) namun bacalah keseluruhan hasil kerja beliau.

Saya menulis entri ini kerana saya adalah pengekor setia tulisannya. Kita begitu takut dengan Syiah tapi tidak takut langsung dengan budaya sekular malahan menjadi penyembah nafsu syahwat sendiri. Kita lebih rela melihat adik-adik remaja kita menjadi pengikut black metal dan pemuja syaitan dari mengajak mereka kepada kebenaran. Bacalah penjelasan FT dengan mata hati dan akal fikiran yang luas.

Monday, November 20, 2006

Sukarnya Mencari Sahabat Sejati



Sahabat punya banyak kategori, ada sahabat yang hanya boleh dibuat teman ketawa terbahak-bahak, ada sahabat yang hanya boleh dibuat teman ketika gembira, ada sahabat yang hanya mahu kita menjadi pengikutnya yang setia, malah ada sahabat yang sanggup menikam dari belakang.
Sukarnya mencari sahabat sejati yang boleh bersahabat hingga akhir hayat, yang boleh saja jadi pendengar yang setia, teman yang bukan hanya di kala kesunyiaan, lebih dari itu adalah seorang sahabat yang bisa mengerti dan yang mahu membantu tika susah melilit diri. Lebih sukar rasanya mempunyai sahabat yang jadi rakan dan musuh. Pastinya sukar diduga hati mereka.

Siapa yang tidak punya banyak sahabat itu berusahalah untuk menjaga hati sahabat masing-masing. Mungkin perkara yang kita anggap remeh itu sebenarmya terlalu sensitif untuk dia. Sukarnya mencari sahabat sejati dan begitu juga sukar untuk mencari sahabat yang setia dan boleh dipercayai. Usahlah diruntuh tali persahabatan itu dengan membuat onar. Kita ini sahabat yang bagaimana ya...

Friday, November 17, 2006

Cinta Alam Siber


Cinta manusia Adam dan Hawa tidak akan ada penghujungnya kecuali Kiamat berlaku bukan kiamat sudah dekat. Sekalipun kiamat sudah dekat namun rasa kasih sayang yang Allah anugerahkan diantara berlainan jantina ini masih berterusan dan makar. Zaman kiamat sudah dekat ini, cinta Adam dan Hawa ini tidak lagi terbatas dalam satu kampung zaman ibu bapa kita dahulu, atau satu daerah atau satu negeri atau satu negara Malaysia sahaja. Tapi sejak zaman teknologi berkembang ini cinta Adam dan Hawa tiada had sempadan. Malah alam siber atau maya telah menemukan ramai pasangan suami isteri yang sah yang kehidupan mereka amat bahagia. Bagaimanapun, ramai juga yang hanya kecewa dan menderita atas keterlanjuran hubungan yang tidak ketentuan arahnya.

Sekarang ini pun saya sedang berhadapan dengan 2 orang sahabat yang jatuh cinta di alam siber ini. Seorang dengan jejaka dari negara Perves Musharraf dan seorang lagi dengan jejaka dari Arab Saudi. Iya la betul juga pilihan mereka itu, sekarang di Malaysia tercinta ini sudah kepupusan lelaki-lelaki yang boleh dibuat suami. Ramainya hanya duduk di Pusat Serenti, jadi Mat Rempit, gay malahan yang jadi kaum sejenisku pun ramai. Memang kiamat sudah dekat...
Jadi tidak salahkan memilih lelaki luar Malaysia walaupun orang Bangladesh..? Aduh.. Orang Turki pun apa salahnya, macam dalam novel Faisal Tehrani: Surat-surat Perempuan Johor.

Wednesday, November 15, 2006

Berfikir Itu Kunci ILMU



"Dia menundukkan untukmu apa-apa yang ada dilangit dan yang dibumi semuanya sebagai kurnia daripadaNya. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda bagi kaum yang berfikir."(Surah al-Jathiyah:13)

Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah bukan sia-sia hatta binatang seperti Anjing dan Babi. Tiap sesuatu itu pasti ada kegunaannya dan adalah berguna untuk kita dengan pengkhususan yang telah Allah tetapkan. Contohnya Babi, tugasnya adalah untuk memakan benda-benda yang kotor lagi jijik tetapi badannya tidak pula rosak binasa terhadap apa yang dimakannya. Begitulah juga setiap sesuatu yang Allah jadikan itu tidak sia-sia melainkan untuk kegunaan manusia dan untuk manusia itu berfikir.

Friday, November 10, 2006

Bagi Golongan Yang Berfikir


Buku ini baru satu hari dipasaran...Terlalu panas.
Ia adalah terjemahan dari buku asal pengarang terkenal Harun Yahya dari Turki yang bertajuk For Men Of Understanding. Tapi tajuk yang diberi penterjemahnya adalah Bagi Golongan Yang Berpemikiran. Macam pelik je tajuknya... Saya dan seorang teman merasakan tajuk ini kurang sesuai, kami rasa tajuk yang paling sesuai adalah Bagi Golongan Yang Berfikir...atau Bagi Mereka Yang Berfikir...


Saya baru membaca hingga ke mukasurat yang ke 47. Antara kandungan menarik buku ini adalah pada bahagian pertama mengenai Empat Haiwan Yang Disebutkan Di Dalam Al-Qur'an, Bahagian Kedua pula adalah mengenai Penciptaan Manusia. Seterusnya baca sendiri la..

Sayangnya terdapat banyak kesalahan ejaan dan penggunaan perkataan yang tidak tepat sebagai contoh tajuk buku ini sendiri. Jika mahir membaca bahasa Inggeris adalah disarankan untuk membaca di dalam bahasa itu kerana terdapat kekuranggan dalam penggunaan istilah atau perkataan dalam versi Bahasa Melayu ini. Tujuan penterjemahan buku ini pastinya untuk memudahkan rakyat Malaysia yang tidak mahir membaca Bahasa Inggeris. Ini salah satu usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu kita. Ok selamat membaca

Thursday, November 09, 2006

Hati Terpaut dan jiwa pun terduduk




Seronok tengok kucing-kucing ni tidur...
Entri ini mahu mengisahkan betapa bahagianya menjadi Pencinta Buku bukannya wanita seperti lagu-lagu yang sering berkumandang di radio. Begitupun, tiada salahnya mencintai wanita tetapi jangan la ia menjadi tujuan utama kehidupan ini. Sebetulnya adalah mencintai Pencipta wanita itu sendiri. Ia Cinta Agung lagi tulus dan mulus tanpa apa-apa permintaan benbentuk material tetapi lebih kepada kepuasan roh dan jiwa manusia.


Bila dah dapat Cinta agungNya barulah kita menjadi terlena dan hanyut bersama mimpi bertemu Al-Khalik seperti kucing-kucing yang terlena dengan penuh nikmat ini.

Wednesday, November 08, 2006

Joget Bakal Dinobat Tarian Tradisional??



7 Nov: Tarian joget bakal dinobatkan sebagai tarian tradisional sekaligus menjadi salah satu identiti negara yang akan dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menteri Kebudayaan berkata, kementeriannya akan mengumumkan joget sebagai 'ritma tradisional' dalam tempoh terdekat.

Menurutnya , kementerian itu juga mungkin menetapkan syarat kepada mana-mana pegawai ingin berkhidmat dengan kementerian berkenaan supaya pandai menari joget.
(Laporan Utusan Malaysia hari ini)
*Pak Rais banyak lagi perkara lain yang boleh diangkat sebagai budaya orang Melayu. Lepas ini kita semua kena pandai menari joget... joget lambak

Saturday, November 04, 2006

Ilmu Sekangkang Semut


Ilmu Sekangkang Semut sudah jadi Mufti. Hebatnya...

Wah hebatnya dia! Bagaimana boleh jadi begitu ya, nampaknya khabar angin yang kedengaran dari Negeri Darul Sunnah itu sudah menjadi kenyataan. Alamatnya mereka semakin berpengaruh..