Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana berkunjung ke sini. Ya, mungkin beliau patut bermuhasabah atas fitnah? yang melanda diri beliau. Jika tuduhan itu tidak benar maka beliau perlu membuktikannya tidak benar. Ada cadangan beliau bersumpah di Masjid dengan menjunjung Al-Qur'an. Akhir zaman ini manusia sudah tidak segan silu untuk menabur fitnah dan mencanang kejahatan sendiri... Kebenaran juga semakin terhakis dek kebendaan di depan mata. Ya mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.
Thursday, July 03, 2008
DSAI Patut Bermuhasabah?
Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana berkunjung ke sini. Ya, mungkin beliau patut bermuhasabah atas fitnah? yang melanda diri beliau. Jika tuduhan itu tidak benar maka beliau perlu membuktikannya tidak benar. Ada cadangan beliau bersumpah di Masjid dengan menjunjung Al-Qur'an. Akhir zaman ini manusia sudah tidak segan silu untuk menabur fitnah dan mencanang kejahatan sendiri... Kebenaran juga semakin terhakis dek kebendaan di depan mata. Ya mari kita bersama-sama bermuhasabah diri.
Wednesday, June 18, 2008
Tips Meredakan Perasaan Marah
Sebagai seorang Islam ambil Wuduk...
Kedua:
Solat Sunat 2 rakaat, jika berkesempatan. Carilah peluang dan usahakan
Ketiga:
Jika tak berkesempatan untuk berwuduk dan solat sunat, maka cuba tarik nafas dalam-dalam dan beristigfar sebanyak mungkin. Mohon kepada Allah untuk menenangkan diri dan mengingatinya sungguh-sungguh.
Keempat:
Jika marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Ini yang biasa kita dengar. Jika marah dalam keadaan duduk cubalah berbaring dan jika tidak lepaskanlah kemarahan itu dengan cara paling berhemah...
Cubalah mengawal perasaan marah supaya kita awet muda...Senyum selalu
Tuesday, June 10, 2008
"Sesungguhnya Kehidupan Akhirat Adalah Yang Abadi"
Mutakhir ini kita selalu diingatkan tentang dunia yang kita diami ini akan musnah akhirnya. Peringatan-peringatan itu Allah hantarkan melalui bencana alam yang terjadi berdekatan kita. Banjir besar di kawasan yang tidak pernah banjir, gempa bumi malahan di Malaysia sendiri, taufan, tsunami dan terkini krisis makanan sedangkan teknologi serta bidang sains semakin maju.... Marilah sama-sama kita bersedia kepada KEHIDUPAN YANG ABADI...
Thursday, April 10, 2008
Tuesday, March 04, 2008
Pengundi Hantu-Bangkit Dari Kubur??!

Ya, sana-sini orang sedang berkempen, memasang bendera dan merayu undi memujuk hati para pengundi. Di serata tempat banyak ceramah politik diadakan dalam keadaan yang terkawal. Beberapa hari lagi Pilihanraya Umum dan yang berdaftar dikehendaki keluar mengundi. Tetapi ada juga Pak Kub, Nek Limah, Mek Senah, Pak Karim bangkit dari kubur dan adik-adik manis yang belum ada My kad pun akan keluar mengundi... Ajaib... Ada juga pemuda seberang pun khabarnya akan jadi pengundi berdaftar pada Pilihanraya ini. Patutlah ramai yang balik ke kampung terutamanya negeri paling PANAS, Kelantan. Ini bukan kali pertama tetapi moga ada keajaiban dan yang memang mengundi pilihlah yang terbaik.
Khabar-khabar angin yang kencang bertiup bukan lagi sepoi-sepoi bahasa menderukan angin perkhabaran bahawa banyak kemudahan disediakan untuk pengundi-pengundi khas ini. Malahan bukan beras sekampit tapi ratusan RM dijanjikan.
Ada teman menulis di sini http://stanceofmuslimah.blogspot.com/ mengenai hantu-hantu yang akan mengundi pada PRU12 nanti dan juga di blog FT yang mendedahkannya secara terperinci. Oh sungguh menjengkelkan Malaysia Ku tercinta ini.
Wednesday, February 27, 2008
Pilihanraya: Selamat Berkempen dan Mengundi

Penamaan calon sudah berlalu dan setakat ini BN sudah memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN tanpa perlu bertanding dan meraih undi. Bagi yang bertanding yang mahu menjadi wakil rakyat sudah pasti menaburkan janji-janji manis, lebih-lebih lagi parti pemerintah yang telah memerintah lebih 50 tahun. Bagaimananpun begitulah saban penggal Pilihanraya diadakan. Rakyat dijanjikan dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Hakikatnya benarkah pembangunan dan keadilan itu seimbang?
Parti BN menjanjikan RM30 billion untuk pendidikan anak bangsa, berjanji mahu membina lebih banyak sekolah dan kemudahan untuk institusi pengajian tinggi. Apalah gunanya membina lebih banyak sekolah sedangkan sekolah yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik?
Jangan jadikan rakyat mangsa kepada kepentingan politik dan periuk nasi anda. Tidak kiralah dari parti mana anda bertanding kepentingan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan. Rakyat sudah bijak memilih tetapi jika strategi kotor digunakan untuk menang maka tidak perlulah pilihanraya di buat. Penipuan tidak mendatangkan keberkatan dalam berpolitik. Rakyat yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Bila mendapat kuasa janji-janji terus dilupakan dan kawasan yang anda menang masih seperti dulu tiada perubahan pun. Jika ada pun waktunya hanyalah ketika pilhanraya ini.
Siapa yang kita pilih bakal mencorakkan kehidupan kita. Kita diberi pilihan untuk membuat pilihan dan pilihlah yang terbaik serta jangan tersalah pilih. Ramai orang berkata hari ini anda berkuasa dan esok lusa mungkin orang lain pula, ia ibarat roda yang berputar, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Sebagai pemimpin yang dipilih jangan merosakkan anak bangsa anda sendiri yang telah pun rosak akibat tangan anda sendiri. Kehancuran anak bangsa kita dewasa ini adalah kesilapan pemimpin yang kita pilih. Kerana merek lah yang membentuk negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini.
Kepada calon-calon Pilihanraya selamat berkempen dan kepada pengundi jangan tersalah pilih kerana salah memilih kitalah juga mangsanya.
Tuesday, February 19, 2008
Ilmu dan harta
Thursday, February 07, 2008
Jihad Melalui Solat

Thursday, January 31, 2008
Langit Pun Menangisi Pemergiannya...

Friday, January 11, 2008
Abang Kucing?
Tuesday, January 08, 2008
Selamat Tahun Baru Hijrah
(adakah anda tahu bahawa terdapat 1 kubah batu dibina untuk mengelirukan umat Islam terhadap Masjidil Aqsa?)Bersama kita menghijrahkan diri dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik, dari yang kurang baik kepada perkara yang baik dan dari kejahatan kepada kebaikan. Moga beroleh Rahmat dan Kasih sayang Allah.
Tuesday, December 18, 2007
Talk at IIS-SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD(SETIAWANGSA)

Monday, December 17, 2007
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Saturday, December 15, 2007
Bowling antara rakan kerja 14 Disember 2007
Lagi gambar di sabapersonalalbum.blogspot.com dan pemenang-pemenang. Tahniah semua... tapi hadiah kami kenapa ciput je...tak aci betul la..sedih je...
Thursday, December 13, 2007
Di mana kan ku cari...

Thursday, December 06, 2007
MANIKAM KALBU-Faisal Tehrani
(Gambar ini dicuri dari blog FT)
Saya sudah menghabiskan semua novel baru FT termasuklah Tuhan Manusia 2 bulan lalu namun tidak berkesempatan memberi ulasan di dalam blog.
Melihat Manikam Kalbu kali pertama sudah memikat kalbu saya kerana kulitnya ada lukisan kucing comel yang montel dan gebu. Saya memang suka dengan kucing, jalan pun macam kucing. Bukan tiru ya, memang begitu. Terkenan agaknya. Saya begitu teruja menghabiskan bacaan novel ini kerana si pencerita iaitu seekor kucing Madura menjadi perantara 2 zaman.
Memang membacanya boleh ketawa seorang diri boleh tersenyum sendirian dek kerana ceritanya yang penuh kelucuan tetapi sarat dengan falsafah dan ilmu pengetauan serta pengajaran. Nampaknya bukan remaja saja yang sesuai membacanya malahan golongan dewasa juga. Unsur humor yang menjadi sebahagian daripada cerita novel ini pastinya untuk menarik pembaca muda untuk membacanya. Malahan mana tahu mungkin ada remaja lelaki yang mahu mengambil jurusan fesyen dan jahitan tanpa perlu membuang jati diri mereka.
Kali ini FT memilih lelaki sebagai watak utamanya, diluar kebiasaan. Novel ini juga mengimbau nostalgia kelas jahitan semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....memang menyeronokkan tapi cikgu saya ada juga yang garang... Mungkin untuk menghasilkan novel ini FT bukan sekadar berimaginasi, membaca atau bertanya kepada orang tentang perihal menjahit malah mungkin beliau juga belajar menjahit??!
Novel ini bukan sekadar kisah jahit-menjahit apa yang lebih penting adalah konsep aurat yang ditekankan oleh penulisnya tanpa mengenepikan konsep keselesaan si pemakai. Malah sebagai perempuan ada juga jenis fesyen dan fabrik yang saya tak tahu. Jadi Manikam Kalbu bukan untuk remaja sahaja, malah untuk remaja tua juga. Paling saya perasan kebanyakan watak perempuan dalam novel-novel FT kebiasaannya kahwin atau jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda usianya seperti Rasulullah dan Siti Khadijah. Tapi sayang dalam Manikam Kalbu cinta Siti Nurqomariah dengan Manikam Kalbu tidak kesampaian kerana Siti Nurqomariah hanya menganggap Manikam Kalbu sebagai adik walaupun sebenarnya dia juga punya perasaan terhadap Manikam Kalbu. Ha ha ha...itulah antara penyeri Novel Manikan Kalbu.
Akhir kata selamat membaca...
Wednesday, October 10, 2007
Selamat Menyambut Eidul Fitri-Hari Raya Fitrah
Tuesday, October 02, 2007
Khabar Dari Palestin
Friday, September 21, 2007
Al-Fatihah untuknya










