Tuesday, March 04, 2008

Pengundi Hantu-Bangkit Dari Kubur??!



Ya, sana-sini orang sedang berkempen, memasang bendera dan merayu undi memujuk hati para pengundi. Di serata tempat banyak ceramah politik diadakan dalam keadaan yang terkawal. Beberapa hari lagi Pilihanraya Umum dan yang berdaftar dikehendaki keluar mengundi. Tetapi ada juga Pak Kub, Nek Limah, Mek Senah, Pak Karim bangkit dari kubur dan adik-adik manis yang belum ada My kad pun akan keluar mengundi... Ajaib... Ada juga pemuda seberang pun khabarnya akan jadi pengundi berdaftar pada Pilihanraya ini. Patutlah ramai yang balik ke kampung terutamanya negeri paling PANAS, Kelantan. Ini bukan kali pertama tetapi moga ada keajaiban dan yang memang mengundi pilihlah yang terbaik.



Khabar-khabar angin yang kencang bertiup bukan lagi sepoi-sepoi bahasa menderukan angin perkhabaran bahawa banyak kemudahan disediakan untuk pengundi-pengundi khas ini. Malahan bukan beras sekampit tapi ratusan RM dijanjikan.



Ada teman menulis di sini http://stanceofmuslimah.blogspot.com/ mengenai hantu-hantu yang akan mengundi pada PRU12 nanti dan juga di blog FT yang mendedahkannya secara terperinci. Oh sungguh menjengkelkan Malaysia Ku tercinta ini.

Wednesday, February 27, 2008

Pilihanraya: Selamat Berkempen dan Mengundi


Penamaan calon sudah berlalu dan setakat ini BN sudah memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN tanpa perlu bertanding dan meraih undi. Bagi yang bertanding yang mahu menjadi wakil rakyat sudah pasti menaburkan janji-janji manis, lebih-lebih lagi parti pemerintah yang telah memerintah lebih 50 tahun. Bagaimananpun begitulah saban penggal Pilihanraya diadakan. Rakyat dijanjikan dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Hakikatnya benarkah pembangunan dan keadilan itu seimbang?
Parti BN menjanjikan RM30 billion untuk pendidikan anak bangsa, berjanji mahu membina lebih banyak sekolah dan kemudahan untuk institusi pengajian tinggi. Apalah gunanya membina lebih banyak sekolah sedangkan sekolah yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik?

Jangan jadikan rakyat mangsa kepada kepentingan politik dan periuk nasi anda. Tidak kiralah dari parti mana anda bertanding kepentingan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan. Rakyat sudah bijak memilih tetapi jika strategi kotor digunakan untuk menang maka tidak perlulah pilihanraya di buat. Penipuan tidak mendatangkan keberkatan dalam berpolitik. Rakyat yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Bila mendapat kuasa janji-janji terus dilupakan dan kawasan yang anda menang masih seperti dulu tiada perubahan pun. Jika ada pun waktunya hanyalah ketika pilhanraya ini.

Siapa yang kita pilih bakal mencorakkan kehidupan kita. Kita diberi pilihan untuk membuat pilihan dan pilihlah yang terbaik serta jangan tersalah pilih. Ramai orang berkata hari ini anda berkuasa dan esok lusa mungkin orang lain pula, ia ibarat roda yang berputar, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Sebagai pemimpin yang dipilih jangan merosakkan anak bangsa anda sendiri yang telah pun rosak akibat tangan anda sendiri. Kehancuran anak bangsa kita dewasa ini adalah kesilapan pemimpin yang kita pilih. Kerana merek lah yang membentuk negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini.
Kepada calon-calon Pilihanraya selamat berkempen dan kepada pengundi jangan tersalah pilih kerana salah memilih kitalah juga mangsanya.

Tuesday, February 19, 2008

Ilmu dan harta

Ilmu dan harta itu boleh bertambah dan berkurang sepertimana Iman. Saban waktu tiap dari kita pasti bekerja keras untuk memiliki harta dan kebendaan tetapi makin ramai yang lupa pada perjanjian pertama sebelum kita dilahirkan ke dunia iaitu menjadi Khalifah Allah Taala dimuka bumi ini. Kita sangup bangun awal pagi dan bersesak-sesak di perjalanan untuk mencari rezeki dan pulang lewat malam. Bagaimana mahu menjadi Khalifah Allah Taala jika untuk berilmu kita amat berkira dengan masa tapi tidak pada harta. Demi harta dan kelangsungan hidup kita sanggup bersenkang mata dan mengabaikan yang lain tetapi tidak pada soal menuntut ilmu. Bermacam alasan diberikan untuk tidak menghadiri kelas-kelas pengajian Ilmu-ilmu Islam yang biasanya diadakan secara percuma. Kejahilan semakin merajai pemikiran kita sehingga kita sukar membezakan kebatilan dan kebenaran. Bagaimana mahu menjadi khalifah jika Ilmu yang benar itu tidak dapat dibezakan dengan Ilmu yang salah... Sabda Kekasih Allah Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"..


Thursday, February 07, 2008

Jihad Melalui Solat


Jihad yang paling sukar itu adalah jihad melawan nafsu... Dalam contoh ini jihad itu adalah Solat Subuh. Betapa ramai yang begitu sukar untuk bangun awal waktu menunaikan Solat Subuh, malahan terlepas waktu pun ada. Itulah mujahadah namanya. Bagaimana mahu bermujahadah jika Solat fardhu itu pun sering kita ringankan. Bersama kita berjihad melalui Solat, bangun Solat Subuh itu jihad solat yang kita selalu abaikan.

Thursday, January 31, 2008

Langit Pun Menangisi Pemergiannya...


Belasungkawa untuk keluarga Allahyarham Dato' Ishak Baharom atas kepulangannya ke rahmatullah semalam 30 Januari 2008. Kehilangan yang pastinya tiada galang gantinya.
Semalam hujan turun mencurah-curah di Shah Alam tepat 12 tengah malam seperti langit pun menangisi pemergiannya. Hari ini cuaca masih mendung hingga blog ini dikemaskini pada jam 2 petang. Kelembutan dan ketegasan beliau meupakan suatu kelebihan kurniaan Allah dalam menegakkan kebenaran. Al-Fatihaha untuknya...

Friday, January 11, 2008

Abang Kucing?

Satu lagi mangsa di tahun baru ini. Mengapa kanak-kanak perempuan? Apakah sebabnya dan motif penculikan?




Inikah Abang Kucing yang dimaksudkan? Melihat gambaran wajahnya sudah menggerunkan

Tuesday, January 08, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah

(adakah anda tahu bahawa terdapat 1 kubah batu dibina untuk mengelirukan umat Islam terhadap Masjidil Aqsa?)
Selamat mengingati Maal Hijrah dan meyambutnya dengan kesyukuran kerana dipanjangkan usia untuk terus berada di tahun Hijrah. Jangan lupa berpuasa sunat sempena tahun baru 1429Hijriah juga sentiasalah kita mendoakan saudara seIslam kita yang berada di Palestin dan mereka yang sedang sengsara di negara Islam yang lain agar ditabahkan hati mereka serta tetap teguh berada dalam Iman dan Islam.

Bersama kita menghijrahkan diri dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik, dari yang kurang baik kepada perkara yang baik dan dari kejahatan kepada kebaikan. Moga beroleh Rahmat dan Kasih sayang Allah.

Tuesday, December 18, 2007

Talk at IIS-SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD(SETIAWANGSA)


Jemput datang, sila penuhi majlis ilmu


Function: Weekend Talk in conjunction with Eidul Adha


Date: Sunday, 23rd December 2007


Time: 11.30 a.m-1.00pm.


Speaker: Sheikh Imran Hosein, Former Imam of New York Mosque and author


Topic: Dajjal-The False Messiah and its relation with Gog and Magog


Refreshment


Autograph Session:2-3 pm at Saba Setiawangsa




Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Selamat Hari Raya Eidul Adha...
Moga apa yang dikorbankan mendapat keredhaan Allah Taala.
Jangan korbankan diri anda di jalan raya.

Saturday, December 15, 2007

Bowling antara rakan kerja 14 Disember 2007


Lagi gambar di sabapersonalalbum.blogspot.com dan pemenang-pemenang. Tahniah semua... tapi hadiah kami kenapa ciput je...tak aci betul la..sedih je...

Thursday, December 13, 2007

Di mana kan ku cari...


Sedang hangat isu tuntutan HINDRAF saya terkenang teman lama yang akrab. Seorang teman India di zaman persekolahan dahulu. Sudah lama tidak bertemu dan rindu ini semakin tidak tertahan rasanya. Macam orang bercinta pula. Entah mengapa saya semakin terkenang zaman persekolahan dengannya. Kami memang rapat hingga satu hari ada seorang ustaz menegur saya kerana jalan berpegangan tangan dengannya. Biasanya setiap kali Deepavali kami ke rumah 2 orang kawan India yang sekelas dengan kami. Di daerah kami hanya ada 2 keluarga India dan itulah keluarga kawan baik kami. Mereka hidup bahagia di daerah yang kesemuanya adalah orang Melayu dan mereka begitu fasih berbahasa Melayu terutamanya dalam sebutan loghat Perak tengah yang pekat. Ha ha orang India cakap Perak. Di daerah kami juga ada penempatan kaum Cina yang menguasai bidang perniagaan, mereka agak kurang mesra tetapi jika pandai mengambil hati mereka memang menghormati. Kebanyakan mereka juga fasih berbahasa Melayu loghat Perak.
Di mana ya, dimana kan ku cari Buvaneswari dan Selvi...
Sudah lama saya tidak merasa tosey dan capati teman baik saya itu. Mereka pun sudah pindah dan tidak ketemu lagi hingga kini. Kami tidak ganggu agama dan budaya mereka jadi mengapa harus mereka ganggu agama dan budaya kami. Kata Buvaneswari dan Selvi yang penting kita hidup harmoni dan bahagia dengan cara masing-masing. Adat berkawan kadang kala gembira, kadang merajuk dan terasa hati juga. Tapi sembuh semula. Macam orang berkahwin, ia suatu kebiasaan yang mematangkan pemikiran.
Ya itu dulu, indah alam persekolahan. Mengapa keindahan itu harus digugat hanya kerana emosi? Di mana kan ku cari...

Thursday, December 06, 2007

MANIKAM KALBU-Faisal Tehrani

(Gambar ini dicuri dari blog FT)

Saya sudah menghabiskan semua novel baru FT termasuklah Tuhan Manusia 2 bulan lalu namun tidak berkesempatan memberi ulasan di dalam blog.

Melihat Manikam Kalbu kali pertama sudah memikat kalbu saya kerana kulitnya ada lukisan kucing comel yang montel dan gebu. Saya memang suka dengan kucing, jalan pun macam kucing. Bukan tiru ya, memang begitu. Terkenan agaknya. Saya begitu teruja menghabiskan bacaan novel ini kerana si pencerita iaitu seekor kucing Madura menjadi perantara 2 zaman.

Memang membacanya boleh ketawa seorang diri boleh tersenyum sendirian dek kerana ceritanya yang penuh kelucuan tetapi sarat dengan falsafah dan ilmu pengetauan serta pengajaran. Nampaknya bukan remaja saja yang sesuai membacanya malahan golongan dewasa juga. Unsur humor yang menjadi sebahagian daripada cerita novel ini pastinya untuk menarik pembaca muda untuk membacanya. Malahan mana tahu mungkin ada remaja lelaki yang mahu mengambil jurusan fesyen dan jahitan tanpa perlu membuang jati diri mereka.

Kali ini FT memilih lelaki sebagai watak utamanya, diluar kebiasaan. Novel ini juga mengimbau nostalgia kelas jahitan semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....memang menyeronokkan tapi cikgu saya ada juga yang garang... Mungkin untuk menghasilkan novel ini FT bukan sekadar berimaginasi, membaca atau bertanya kepada orang tentang perihal menjahit malah mungkin beliau juga belajar menjahit??!

Novel ini bukan sekadar kisah jahit-menjahit apa yang lebih penting adalah konsep aurat yang ditekankan oleh penulisnya tanpa mengenepikan konsep keselesaan si pemakai. Malah sebagai perempuan ada juga jenis fesyen dan fabrik yang saya tak tahu. Jadi Manikam Kalbu bukan untuk remaja sahaja, malah untuk remaja tua juga. Paling saya perasan kebanyakan watak perempuan dalam novel-novel FT kebiasaannya kahwin atau jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda usianya seperti Rasulullah dan Siti Khadijah. Tapi sayang dalam Manikam Kalbu cinta Siti Nurqomariah dengan Manikam Kalbu tidak kesampaian kerana Siti Nurqomariah hanya menganggap Manikam Kalbu sebagai adik walaupun sebenarnya dia juga punya perasaan terhadap Manikam Kalbu. Ha ha ha...itulah antara penyeri Novel Manikan Kalbu.

Akhir kata selamat membaca...

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Menyambut Eidul Fitri-Hari Raya Fitrah


Selamat Menyambut Hari Lebaran. Kepada yang mengenali Maaf Zahir dan batin . Hati-hati diperjalanan, selamat memandu dan semoga selamat sampai di destinasi serta INGATLAH ALLAH SELALU.

Tuesday, October 02, 2007

Khabar Dari Palestin


Sudah 2 malam Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Shah Alam mengadakan Solat Tarawih berimamkan bekas Imam Masjid Al-Aqsa Palestin. Selepas Tarawih 20 rakaat Imam tua itu memberikan sedikit tazkirah yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Isinya khabar dari Palestin mengenai Masjid Al-Aqsa yang dikuasai Zionis laknatullah. Mereka mengorek lubang dibawah Masjid walaupun ini bukan perkara baru, tapi betapa kita dilalaikan dengan Nikmat Dunia di bulan Ramadhan ini. Lelaki-lelaki tua dipenjara, manakala lelaki-lelaki muda, kanak-kanak dan wanita dibunuh selagi berpeluang. Kita disini melimpah ruah dengan nikmat pemberian Allah Taala tetapi saudara kita disana yang ada hanya air mata dan derita. Jadi anak Yatim di Malaysia lebih bertuah berbanding punya keluarga disana.

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah untuknya


Jika mayat itu bukan Nurin sekalipun, mengapa pembunuh kanak-kanak itu memperlakukannya sedemikian. Apakah motif pembunuhan dan mengapa manusia itu begitu kejam di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan ini begitu menguji hati Umat Islam dengan pelbagai musibah yang melanda. Ya Allah limpahkanlah Rahmat dan Kasih Sayang MU sempena bulan Ramadhan ini. Al-Fatihah untuk Nurin dan mereka semua yang meninggalkan dunia di bulan Ramadhan ini.

Thursday, September 13, 2007

Ramahdhan datang lagi

Ramadhan datang lagi. Saban tahun begitu, tetapi apakah penghayatan kita umat Islam terhadap bulan suci semakin bertambah. Di Malaysia ni Ramadhan di sambut dengan Bazar-bazar Ramdhan yang tumbuh bagai cendawan. Yang tak pernah berniaga pun mula berniaga mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Apa pun 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK'. Mulakannya dengan tahajjud di tengah malam.

Sunday, June 17, 2007

Lamanya Tak Kemaskini Blog

Lama sungguh tak kemaskini blog. Macam hangat-hangat tahi ayam je buat blog ni. Sebenarnya ada keperluan yang lebih mendesak untuk dikerjakan dan pekerjaan itu masih belum selesai lagi. Ya, itulah soal kerja dan keperluan dunia ini tak habis-habis selagi bernyawa.
Macam-macam isu nak tulis tapi kesempatan itu kadangkala dibatasi soal ruang dan peluang. Yang pasti peluang membaca blog orang lain tetap ada.

Friday, January 05, 2007

Bila Terpaksa Memilih



Kadang-kadang kita tak punya banyak pilihan. Itu sajalah jalan dan pilihan yang ada. Kadang-kadang terlalu banyak pilihan, ia jadi lebih sukar untuk memilih. Mahu memilih yang terbaik tapi kadang-kadang kita tersilap membuat pilihan. Memilih sesuatu dalam banyak cabang kehidupan seperti memilih pasangan hidup, memilih antara kerjaya dan cinta, memilih wang atau harga diri, memilih untuk menyayangi atau membenci. Kesemua pilihan ini melibatkan soal hati dan perasaan, soal kehendak dan keperluan. Ia boleh saja menyesakkan akal fikiran, membuntukan perasaan malahan memeningkan jiwa dan rasa yang mencengkam.

Bila semua ini terjadi maka berilah ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. Pastinya Solat Istikharah jadi pilihan, kerana Allah memberi kita kemenamgan dengan Solat Istikharah. Moga Allah menetapkan hati kita dengan pilihan yang ada. Lebih penting semestinya Pengharapan dan Pergantungan itu diletakkan pada yang Layak pastinya Allah. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Disaat sukar membuat pilihan ini, hanya Allah saja pilihan yang saya ada.

Tuesday, December 05, 2006

Hijab Untuk Wanita

Hijab atau tudung adalah sesuatu yang wajib kepada setiap wanita Islam. Bagaimanapun, hijab juga wajib bagi setiap lelaki Islam tetapi hijab atau tudung yang dimaksudkan bukanlah seperti hijab atau tudung untuk wanita seperti lazimnya. Hijab yang dimaksudkan disini adalah hijab pandangan mata terhadap kaum bukan sejenis mereka, iatu menjaga pandangan mata mereka dari melihat yang bukan mahram.

Didalam Al-Qur'an disebutkan didalam Surah An-Nuur:Surah Ke-24 Ayat ke-30:
"Katakanlah kepada lelaki beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Ayat ini adalah ayat yang sudah jelas dan tidak perlu dihuraikan atau dipertikaikan lagi. Ia dengan jelas sekali mewajibkan lelaki-lelaki BERIMAN supaya menjaga pandangan mata mereka, kerana dari pandangan lah yang membangkitkan nafsu syahwat. Tapi ada orang kata rugi tak tengok...
Manakala Hijab atau Tudung untuk wanita atau perempuan telah dijelaskan didalam ayat 31 Surah An-Nur, firmanNya yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) anmpak daripadanya. DAn hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Ayat ini dengan jelas sekali mewajibkan wanita-wanita Islam yang telah baligh untuk memakai tudung dan menjaga aurat mereka dari lelaki-lelaki ajnabi. Jadi mengapa masih ada wanita yang tidak mahu mengikut suruhan Allah ini.


6 Kriteria Hijab(di petik dari 20 Soalan Paling lazim tentang Islam):
1) Aurat
Kriteria pertama adalah had tubuh yang perlu ditutup. Ini berbeza diantara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki adalah menutup bahagian tubuh sekurang-kurangnya daripada pusat hingga lutut. Bagi wanita, had wajib adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Jika mahu, bahagian tersebut juga boleh ditutup. Sebahagian ulama Islam menegaskan bahawa muka dan tapak tangan adalah wajib dalam pematuhan 'hijab'.

2) Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan susuk tubuh.

3) Pakaian yang tidak jarang sehingga seseorang dapat melihat disebalik pakaiannya.

4)Pakaian hendaklah tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis.

5)Pakaian juga tidak boleh menyerupai pakaian kaum bukan sejenis.

6)Pakaian juga hendaklah tidak menyerupai pakaian orang yang tidak mempercayai Islam; iaitu tidak mengenakan pakaian yang menyerupai identiti atau simbol khas agama kaum yang tidak mempercayai Islam.

Disamping itu, hijab juga merangkumi tingkah laku dan budi pekerti. Bukan sahaja hijab itu diukur dari segi pakaian luaran malah juga perilaku, sikap dan niat seseorang individu itu juga perlu mempunyai hijab. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan 'hijab' mata,'hijab' hati, 'hijab' pemikiran dan 'hijab' niat. Ia juga mengambil kira cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya hijab mengelakkan pencabulan.

Mengapa hijab dianjurkan untuk wanita disebut di dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut yang terkandung di dalam Surah Al-Ahzab:

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Ahzab Surah 35 ayat 59.

Jadi buat wanita atau perempuan labuhkanlah kain tudung mu kerana itu adalah Perintah Allah demi kesejahteraan kamu sendiri.