Thursday, September 10, 2009

Salam Ramadhan Kareem dan Malam Lailatul Qadar

Salam Ramadhan Kareem...Sejak Ramadhan bermula baru hari ini saya mengemaskini blog. Ramadhan sudah ke penghujung dan Masjid-masjid semakin surut dengan ahli jemaah yang berkunjung. Ramai yang disibukkan dengan persediaan menjelang Syawal sedangkan Lailatul Qadar belum lagi ditemui.

Berkata Imam Al-Ghazali: "Daku tidak pernah terlepas malam Lailatul Qadar seumur hidupku"
Katanya lagi;
1. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-21 Ramadhan.
2. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Jumaat maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-29 Ramadhan.
3. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Ahad maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan.
4. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Isnin maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-25 Ramadhan.
5. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Rabu maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan.
6. Jika 1 Ramadhan bermula pada hari Khamis maka Lailatul Qadar adalah pada hari ke-27 Ramadhan juga.

Pendapat ini adalah yang paling Mahsyur dikalangan para Fuqaha.

Kebanyakan para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w pula berpendapat Malam Lailatul Qadar itu jatuh pada salah satu malam malam-malam Ganjil pada bulan Ramadhan, malam ke-21, malam ke-23, malam ke-25, malam ke-27 dan malam ke-29.

Tahun ini kita mula berpuasa pada hari Sabtu bermakna malam ini adalah malam Lailatul Qadar. Menurut Guru Kami Ustaz Basri mengatakan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan mengurniakan Lailatul Qadar bukan sahaja kepada mereka yang benar-benar berusaha mencarinya malahan kepada mereka yang tidak beriya-iya mencarinya, dengan syarat orang itu menjaga amalan-amalan wajib dan sunat yang Afdhal dilakukan. Iaitu orang-orang menjaga Solat Fardhu dan solat sunat yang lain termasuk solat sunat Tarawih.

Kepada semua Selamat bertemu malam yang LEBIH BAIK dari 1000 BULAN...