Friday, May 15, 2009

Hari Istimewa Untuk Saya...

Setiap tahun Hari Guru disambut di sekolah-sekolah terutamanya. Pelbagai acara diadakan. Teringat zaman sekolah dulu-dulu, guru-guru biasanya menyanyikan lagu Guru dan diikuti jamuan makan untuk murid-murid. Ada guru yang baca sajak, buat teka-teki dan hari itu memang tak belajar kerana hari perayaan untuk sekolah. Ada yang mampu belikan cikgu hadia biarpun tak semahal mana namun cukup bererti buat cikgu-cikgu yang disayangi... Saya juga pernah jadi cikgu Mental Arithmetik walaupun tak pandai Matematik tapi saya gagahkan untuk mengajar. Kelakar pun ada. Ada la juga dapat hadiah dari muri-murid walau hanya sekali seminggi saya mengajar mereka. Terima Kasih Guru-guru yang mengajar saya mengenal huruf dan nombor. Terima kasih yang Paling Utama untuk Emak yang mengajar ku huruf-huruf Al-Qur'an yang telah pergi ke alam barzah. Al-Fatihah untuknya.
Terima Kasih untuk semua guru-guru sekolah ku... Saya suka usik cikgu-cikgu saya. Tapi saya bukan budak nakal.... Terima kasih cikgu, Terima kasih dan Terima kasih... Juga selamat Hari Guru untuk Cikgu Abd Rahman(Abg), Cikgu Nasharuddin(Abg), Cikgu Hasina(ipar), Cikgu Roszita di Sabah, Cikgu Badariah, Cikgu Suriani, Cikgu Kathija Beevi, Ustazah Norlizawati nun jauh di Sabah dan semua mereka yang bergelar guru. Pepatah mengatakan " Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari"... Moga menjadi guru teladan sepanjang zaman.


Semalam ulang tahun kelahiran saya yang sebenar... Tapi dalam surat kelahiran 25 Mei tahun Masihi... Ini kesilapan Ayah saya, tak tahu la mengapa. Usia semakin bertambah tapi apa perkara yang telah saya buat sepanjang usia ini... Hmmm. Sempena tahun baru Hijrah yang lalu saya telah berazam untuk mengurangkan sembang-sembang kosong yang sia-sia, mengurangkan gelak ketawa dan berusaha untuk menambah ilmu di minda.

Saya juga mahu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada mereka yang sama-sama menyambutnya pada Mei ini:
1) Anis Sofia(Anak Saudara yang comel)- 2 Mei
2) Rubiatun dan Syuhada-5 Mei
3) Muzammil-7 Mei
4) Igha-11 Mei
5) K.Badariah-12Mei
6) Masitah-14 Mei
7) Mazrina Hani dan Murni-23 Mei
8) Kak Roszita-28 Mei
9) Rosmalina dan K.Saba(bos)-30Mei
10) Hirdah-31 Mei

Ramainyaaa.... Kajian Dr.Fadzillah Kamsah mengatakan mereka yang lahir bulan 5 ni sifat pertama yang mereka miliki adalah DEGIL... ha ha. Ramai juga orang sekeliling yang beritahu kami begitu. Degil untuk kebaikan tak apa kan tapi jangan sampai menyusahkan orang. Selamat Menyambut Hari Lahir untuk Semua.

Wednesday, May 13, 2009

Mana Satu Pilihan Hati???


Mana satu ni? Sekejap yang kanan dan sekejap yang kiri. Sebagai rakyat Negeri Perak walau sekarang bermaustautin di Selangor namun negeri kelahiran tetap dihati. Bagaimanapun berilah kami hak untuk memilih pemimpin kami. Biarlah kami yang memilih siapa pilihan hati kami... Sikap keanak-anakan pemimpin politik hari ini cukup mengecewakan kami rakyat Perak dan amat memalukan orang-orang Melayu. Dimana Akal waras yang Allah berikan kepada kaum lelaki sebagai pemimpin... Sudah-sudahlah tu.

Monday, May 11, 2009

Talkshow Setitis Air Mata Ibu


Assalamu'alaikum,
Sempena Hari Ibu mari kita raikannya dengan program Bual Bicara Setitis Air Mata Ibu. Walaupun ia bukan budaya kita dan Hari Ibu tidak sepatutnya diraikan hanya pada tarikh 10 Mei setiap tahun, namun Bual Bicara ini bertujuan menyingkap jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar ibu. Apatah lagi Ibu-ibu sekelian Mukminin yang kita muliakan.

Tarikh: 17 Mei 2009
Masa: 9.30pg-1.30tengahari.
Tempat: Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Masjid Negeri Shah Alam.

PENYERTAAN PERCUMA!