Wednesday, June 18, 2008

Tips Meredakan Perasaan Marah

Pertama:
Sebagai seorang Islam ambil Wuduk...

Kedua:
Solat Sunat 2 rakaat, jika berkesempatan. Carilah peluang dan usahakan

Ketiga:
Jika tak berkesempatan untuk berwuduk dan solat sunat, maka cuba tarik nafas dalam-dalam dan beristigfar sebanyak mungkin. Mohon kepada Allah untuk menenangkan diri dan mengingatinya sungguh-sungguh.

Keempat:
Jika marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Ini yang biasa kita dengar. Jika marah dalam keadaan duduk cubalah berbaring dan jika tidak lepaskanlah kemarahan itu dengan cara paling berhemah...

Cubalah mengawal perasaan marah supaya kita awet muda...Senyum selalu

Tuesday, June 10, 2008

"Sesungguhnya Kehidupan Akhirat Adalah Yang Abadi"

(Gambar ini saya ambil sendiri-Jangan curi...)
Bulan lalu, ya kita dikejutkan dengan 2 kejadian bencana alam. Satunya Taufan Nargis di Myanmar dan juga Gempa Bumi Wenchuan di China. Kedua-duanya menyebabkan manusia menjadi kelam kabut, banyak yang terkorban, kehilangan anggota keluarga dan kemusnahan harta benda. Walhal, ini bukanlah keadaan yang biasa berlaku dikawasan tersebut. Malahan mana mungkin kita melupakan ombak Besar Tsunami yang meragut sekian banyak nyawa di Acheh dan Malaysia turut mengalami tempiasnya. Acheh sudah tentu dekat di hati kita kerana mereka saudara terawal rumpun Melayu yang memeluk Islam dan disebarkan kepada kita. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga, kesedihan mereka adalah kesedihan kita juga dan kesengsaraan mereka adalah juga kesengsaraan kita. Mana mungkin mereka dilupakan dan dibiarkan menderita. Kita cuma terpisah dek kerana penjajahan dan sejarah yang tak dapat diubah. Teman serumah saya berasal dari Acheh sukar sekali mahu bercerita mengenai Tsunami kerana ianya seperti hari Kiamat. Lebih 2 minggu serumah baru dia mahu bercerita.
Kita di Malaysia ini dilanda juga taufan... Taufan kenaikan minyak petrol dan diesel. Ya itu tentunya meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Bagaimanapun, kesengsaraan itu bukan sekelip mata dan kita masih mampu bernafas walaupun ramai juga yang sengsara. Saya masih ingat sewaktu belajar dahulu, teman yang mengunakan motosikal cuma perlu isi RM2 untuk penuhkan tangki. Itu lebih 7 tahun lalu sekarang 1 liter harganya RM2.70 sen. Mana cukup 1 liter untuk 1 tangki minyak motor....
Ya, itulah hakikat kehidupan dunia yang TIDAK abadi ini, banyak perkara yang tidak kita jangkakan akan terjadi. Setiap dari kita perlu bersedia untuk dipanggil bila-bila masa. Siang adalah waktu mencari rezeki dan malam bukan untuk tidur sahaja tapi untuk beribadat dan menambah ilmu pengetahuan. Apakah kehidupan ini sekadar mengisi perut yang kosong, menukar pakaian baru setiap hari, menonton tv ,melancong ketempat yang menarik atau tidur yang lena?
Dalam 1 hadith Nabi s.a.w berpesan supaya kita tidak terlalu bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki hingga soal ketaatan kepada perintah Allah diabaikan. Maksudnya disini janganlah kita dalam mencari rezeki melupakan soal halal-haram dan terlalu mengejar kebendaan hingga persediaan menuju kehidupan yang ABADI kita tinggalkan.

Mutakhir ini kita selalu diingatkan tentang dunia yang kita diami ini akan musnah akhirnya. Peringatan-peringatan itu Allah hantarkan melalui bencana alam yang terjadi berdekatan kita. Banjir besar di kawasan yang tidak pernah banjir, gempa bumi malahan di Malaysia sendiri, taufan, tsunami dan terkini krisis makanan sedangkan teknologi serta bidang sains semakin maju.... Marilah sama-sama kita bersedia kepada KEHIDUPAN YANG ABADI...