Wednesday, February 27, 2008

Pilihanraya: Selamat Berkempen dan Mengundi


Penamaan calon sudah berlalu dan setakat ini BN sudah memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN tanpa perlu bertanding dan meraih undi. Bagi yang bertanding yang mahu menjadi wakil rakyat sudah pasti menaburkan janji-janji manis, lebih-lebih lagi parti pemerintah yang telah memerintah lebih 50 tahun. Bagaimananpun begitulah saban penggal Pilihanraya diadakan. Rakyat dijanjikan dengan pelbagai pembangunan dan kemudahan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Hakikatnya benarkah pembangunan dan keadilan itu seimbang?
Parti BN menjanjikan RM30 billion untuk pendidikan anak bangsa, berjanji mahu membina lebih banyak sekolah dan kemudahan untuk institusi pengajian tinggi. Apalah gunanya membina lebih banyak sekolah sedangkan sekolah yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik?

Jangan jadikan rakyat mangsa kepada kepentingan politik dan periuk nasi anda. Tidak kiralah dari parti mana anda bertanding kepentingan rakyat sepatutnya menjadi keutamaan. Rakyat sudah bijak memilih tetapi jika strategi kotor digunakan untuk menang maka tidak perlulah pilihanraya di buat. Penipuan tidak mendatangkan keberkatan dalam berpolitik. Rakyat yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Bila mendapat kuasa janji-janji terus dilupakan dan kawasan yang anda menang masih seperti dulu tiada perubahan pun. Jika ada pun waktunya hanyalah ketika pilhanraya ini.

Siapa yang kita pilih bakal mencorakkan kehidupan kita. Kita diberi pilihan untuk membuat pilihan dan pilihlah yang terbaik serta jangan tersalah pilih. Ramai orang berkata hari ini anda berkuasa dan esok lusa mungkin orang lain pula, ia ibarat roda yang berputar, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Sebagai pemimpin yang dipilih jangan merosakkan anak bangsa anda sendiri yang telah pun rosak akibat tangan anda sendiri. Kehancuran anak bangsa kita dewasa ini adalah kesilapan pemimpin yang kita pilih. Kerana merek lah yang membentuk negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini.
Kepada calon-calon Pilihanraya selamat berkempen dan kepada pengundi jangan tersalah pilih kerana salah memilih kitalah juga mangsanya.

Tuesday, February 19, 2008

Ilmu dan harta

Ilmu dan harta itu boleh bertambah dan berkurang sepertimana Iman. Saban waktu tiap dari kita pasti bekerja keras untuk memiliki harta dan kebendaan tetapi makin ramai yang lupa pada perjanjian pertama sebelum kita dilahirkan ke dunia iaitu menjadi Khalifah Allah Taala dimuka bumi ini. Kita sangup bangun awal pagi dan bersesak-sesak di perjalanan untuk mencari rezeki dan pulang lewat malam. Bagaimana mahu menjadi Khalifah Allah Taala jika untuk berilmu kita amat berkira dengan masa tapi tidak pada harta. Demi harta dan kelangsungan hidup kita sanggup bersenkang mata dan mengabaikan yang lain tetapi tidak pada soal menuntut ilmu. Bermacam alasan diberikan untuk tidak menghadiri kelas-kelas pengajian Ilmu-ilmu Islam yang biasanya diadakan secara percuma. Kejahilan semakin merajai pemikiran kita sehingga kita sukar membezakan kebatilan dan kebenaran. Bagaimana mahu menjadi khalifah jika Ilmu yang benar itu tidak dapat dibezakan dengan Ilmu yang salah... Sabda Kekasih Allah Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"..


Thursday, February 07, 2008

Jihad Melalui Solat


Jihad yang paling sukar itu adalah jihad melawan nafsu... Dalam contoh ini jihad itu adalah Solat Subuh. Betapa ramai yang begitu sukar untuk bangun awal waktu menunaikan Solat Subuh, malahan terlepas waktu pun ada. Itulah mujahadah namanya. Bagaimana mahu bermujahadah jika Solat fardhu itu pun sering kita ringankan. Bersama kita berjihad melalui Solat, bangun Solat Subuh itu jihad solat yang kita selalu abaikan.