Friday, January 05, 2007

Bila Terpaksa Memilih



Kadang-kadang kita tak punya banyak pilihan. Itu sajalah jalan dan pilihan yang ada. Kadang-kadang terlalu banyak pilihan, ia jadi lebih sukar untuk memilih. Mahu memilih yang terbaik tapi kadang-kadang kita tersilap membuat pilihan. Memilih sesuatu dalam banyak cabang kehidupan seperti memilih pasangan hidup, memilih antara kerjaya dan cinta, memilih wang atau harga diri, memilih untuk menyayangi atau membenci. Kesemua pilihan ini melibatkan soal hati dan perasaan, soal kehendak dan keperluan. Ia boleh saja menyesakkan akal fikiran, membuntukan perasaan malahan memeningkan jiwa dan rasa yang mencengkam.

Bila semua ini terjadi maka berilah ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. Pastinya Solat Istikharah jadi pilihan, kerana Allah memberi kita kemenamgan dengan Solat Istikharah. Moga Allah menetapkan hati kita dengan pilihan yang ada. Lebih penting semestinya Pengharapan dan Pergantungan itu diletakkan pada yang Layak pastinya Allah. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Disaat sukar membuat pilihan ini, hanya Allah saja pilihan yang saya ada.