
Tuesday, December 18, 2007
Talk at IIS-SABA ISLAMIC MEDIA SDN BHD(SETIAWANGSA)

Monday, December 17, 2007
Selamat Hari Raya Eidul Adha
Saturday, December 15, 2007
Thursday, December 13, 2007
Di mana kan ku cari...

Thursday, December 06, 2007
MANIKAM KALBU-Faisal Tehrani
(Gambar ini dicuri dari blog FT)
Saya sudah menghabiskan semua novel baru FT termasuklah Tuhan Manusia 2 bulan lalu namun tidak berkesempatan memberi ulasan di dalam blog.
Melihat Manikam Kalbu kali pertama sudah memikat kalbu saya kerana kulitnya ada lukisan kucing comel yang montel dan gebu. Saya memang suka dengan kucing, jalan pun macam kucing. Bukan tiru ya, memang begitu. Terkenan agaknya. Saya begitu teruja menghabiskan bacaan novel ini kerana si pencerita iaitu seekor kucing Madura menjadi perantara 2 zaman.
Memang membacanya boleh ketawa seorang diri boleh tersenyum sendirian dek kerana ceritanya yang penuh kelucuan tetapi sarat dengan falsafah dan ilmu pengetauan serta pengajaran. Nampaknya bukan remaja saja yang sesuai membacanya malahan golongan dewasa juga. Unsur humor yang menjadi sebahagian daripada cerita novel ini pastinya untuk menarik pembaca muda untuk membacanya. Malahan mana tahu mungkin ada remaja lelaki yang mahu mengambil jurusan fesyen dan jahitan tanpa perlu membuang jati diri mereka.
Kali ini FT memilih lelaki sebagai watak utamanya, diluar kebiasaan. Novel ini juga mengimbau nostalgia kelas jahitan semasa saya di sekolah menengah dahulu. Ha ha ha....memang menyeronokkan tapi cikgu saya ada juga yang garang... Mungkin untuk menghasilkan novel ini FT bukan sekadar berimaginasi, membaca atau bertanya kepada orang tentang perihal menjahit malah mungkin beliau juga belajar menjahit??!
Novel ini bukan sekadar kisah jahit-menjahit apa yang lebih penting adalah konsep aurat yang ditekankan oleh penulisnya tanpa mengenepikan konsep keselesaan si pemakai. Malah sebagai perempuan ada juga jenis fesyen dan fabrik yang saya tak tahu. Jadi Manikam Kalbu bukan untuk remaja sahaja, malah untuk remaja tua juga. Paling saya perasan kebanyakan watak perempuan dalam novel-novel FT kebiasaannya kahwin atau jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda usianya seperti Rasulullah dan Siti Khadijah. Tapi sayang dalam Manikam Kalbu cinta Siti Nurqomariah dengan Manikam Kalbu tidak kesampaian kerana Siti Nurqomariah hanya menganggap Manikam Kalbu sebagai adik walaupun sebenarnya dia juga punya perasaan terhadap Manikam Kalbu. Ha ha ha...itulah antara penyeri Novel Manikan Kalbu.
Akhir kata selamat membaca...